Sunday, December 20, 2009

5.TAMAN HERBA


1.Selamat datang keTaman Herba SKGU. Disini ditanam berjenis spesis herba untuk pengetahuan murid-murid dan guru-guru.Herba digunakan oleh generasi dahulu sebagai ubatan, kecantikan ,kebatinan dan awet muda.


2.Kalau ada peruntukan saya akan perbaiki kawasan yang telah usang.Taman Herba ini telah dijadikan bahan rujukan oleh sebuah sekolah yang masuk bertanding(pada masa itu sekolah SKGU telah menarik diri dari bertanding disebabkan masalah teknikal). Sehingga sekolah tersebut berjaya menjadi johan.




3.Taman herba ini dinamakan Taman Herba Hussin Abdullah.Husin Abdullah adalah YDP PIBG sekolah ini yang paling lama berkhidmat.


4.Pokok hempedu bumi dan misai kucing menggamit kedatangan pengunjung penyakit kencing manis...hehehe..


5.Pokok herba misai kucing dan senduduk paksa


6.Di laluan masuk ke taman herba terdapat pokok herba lidah buaya,pokok bunga raya putih,pokok melur,setawar putih,nanas batu,sireh,kacip fatimah,setawar ,mas cotek dll



7.Di sini adalah kawasan takungan air untuk herba-herba yang bersesuaian dengan habitatnya. Pokok herba yang ditanam di sini ialah kesom,selom , ulam pegaga dan jerangau ( untuk halau pelesit.......pelesit)




8. Pokok jerangau ( macam lalang )



8.Pokok Tembaga suasa.Anaknya saya ambil di rumah kakak ipar di Port Weld(Kuala Sepetang) jauh tu......Baru-baru ni saya beli 2 jenis pokok di Pasar Pagi Greenwood Park iaitu pokok delima dan durian belanda ...guna duit sendiri.





Bunga Pokok Tembaga Suasa.



9.Atas para ini ada pokok patawali dan sambung nyawa.


10.Pokok belimbing buluh.Makanan kegemaran ibubapa saya iaitu masak lemak cili padi ,belimbing buluh dengan ikan keli......(ummmm sedapnya..)


11.Pokok terung bulat kecil .Saya panggil pokok rimbang.Buahnya boleh dibuat lauk dan yang paling saya tak lupa buahnya digunakan sebagai peluru pistol atau senapang masa main perang-perang sewaktu zaman kanak-kanak.




12.Ini pokok mengkudu.Bila dah tinggi ,kenalah cantas,supaya ia rimbun.Itulah kerja saya.Kalau bagi tukang kebun habis di tebangnya. Bila isteri bersalin,daun pokok ni jadi sasaran.Dijadikan lapik tungku perut.


13.Yang depan ni pokok lengkuas,belakangnya pokok kari (.....amma)


14.Pokok-pokok herba di tanam didalam tayar . Ada pokok mengkudu,lengkuas,pokok kari,pokok inai,mulberry



15.Anak sungai terdapat dibelakang Taman Herba.Ia menampakkan keaslian kawasan ini.Itulah Keindahan Sekolah Kebangsaan Gombak Utara.