Saturday, December 19, 2009

3.TAMAN CERIA HJ. HAMIK




1.Lanskap sekolah ini telah dimajukan pada tahun 1995.Apabila GB Tuan Hj. Hamik mula berkhidmat di sini,usaha menceriakan sekolah telah dipertingkatan.Banyak lanskap telah dibina dipersekitaran sekolah.Hasilnya sekolah ini telah menjadi johan keceriaan Daerah Gombak pada tahun 1997.Hinggalah sekolah ini dikenali hingga ke JPS. Bila beliau meninggal dunia di kuaters sekolah ini, taman ini kami namakan Taman Ceria Hj. Hamik bagi mengenangkan jasa beliau membangunkan keceriaan sekolah SKGU.



2.Kenangan abadi,semuga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya......amin.


3.Paling menyeronokkan ia dibuat dengan gotong-royong,tak upah orang pun macam sekolah-sekolah lain,maklumlah sekolah kurang bajetnya tapi dengan semangat akhirnya kami mencapai apa yang diimpikan


4.Sekarang saya hanya menjaganya supaya sentiasa ceria dan cantik . Jadi Tukang Kebun sambilan. Tanam bunga,gunting pokok bunga,kawin bunga dan segalanya


5.Ada air terjun.Seperti sungai mengalir mengelilinggi pokok pinang.Bila duduk di kantin sambil makan, terasa seperti makan di tempat perkelahan terdengar deruman air terjunnya.



6. Sekarang bentuk kolam air terjunnya telah di ubahsuai.Ia adalah sumbangan dari pihak pengusaha kantin sekolah.




7. Air terjun.



8.Pokok pinang merah (sebelah kanan) ini telah ditanam oleh YB Dato Fuad b. Dato Hassan Ashari semasa merasmikan gotong royong sekolah yang dianjurankan oleh PIBG (sewaktu itu beliau adalah ADUN Klang Gate.)



9. Jika anda datang ke SKGU, anda akan terpesona dengan kehijauan yang melitupi ruang sekolah ini.



10.Disinilah bermulanya Kecerian SKGU. Sewaktu itu GB nya ialah PN Azlina.(GBnya muda dan lawa pulak tu ,jadi guru lelaki apalagi masing-masing tunjuk gagahlah mencangkul tanah ) tapi beliau tak lama berkhidmat di sini.Usahanya ini telah diteruskan oleh GB Tn. Hj. Hamik.



11. Taman Ceria Hj. Hamik ini terletak bersebelahan dengan kantin.Sambil makan, murid-murid dapat menikmati suasana perkelahan di kawasan air terjun.



12.



13. Di tengah terdapat landskap bentuk wau bulan.



14.



15.Pokok bonsai daun merah(tak tahu namanya) menghiasi pintu gerbang taman ini.
Sekian .Tq