Saturday, December 19, 2009

2.ANJUNG WARISAN



1.Assalamualikum dan salam sejahtera .Semoga anda, terutamanya murid-murid,guru-guru SKGU ,bekas murid serta guru-guru yang pernah mengajar di sekolah ini agar anda dapat melihat persekitaran sekolah anda di Blog ini.Ucapan terima kasih saya ucapkan pada Pn.Bee (kawan IT isteri saya)dari Singapura yang menolong membina blog saya ini.Tq very much......Ini adalah sebuah galeri untuk mempamerkan bahan warisan yang digunakan pada zaman saya kanak-kanak iaitu sekitar 60'an.Galeri ini di namakan Anjung Warisan.


2. Lama juga memikirkan namanya.Akhirnya tercetus idea dari CT Zareen Nor
akan namanya ANJUNG WARISAN






3.



4.Projek terbaru pada tahun 2009 ialah membina sebuah gelari yang dinamakan Anjung Warisan. Anjung Warisan ini dibina bagi mengembalikan semula kenangan saya dan rakan sebaya pada barang-barang lama yang telah kami gunakan pada zaman kanak-kanak.Projek ini mendapat cetusan rasa dari GB Pn.Yus Asima yang banyak memberi idea dan peruntukan kewangan.






5.Pembinaan Anjung Warisan ini dibina bersama rakan-rakan.Anjung ini akan mengimbau kenangan lama kami pada zaman kanak-kanak. Saya ingin menghidupkan suasana rumah kampung di dalam dan luar galeri ini. Memang sukar untuk mendapatkan alat tradisi jenis lama tapi saya akan cuba setakat yang termampu.Saya berharap agar rakan-rakan dapat memberi kerjasama untuk menjayakannya...




6.Saya telah cuba menempatkan khazanah lama warisan bangsa kita di dalam galeri ini. Nasib saya agak baik kerana seorang rakan seperjuangan saya Encik Rashid Ismail dari PPD Gombak juga sangat berminat untuk sama-sama merealisasikan impian saya.
Kebanyakan khazanah ini adalah sumbangan Encik Rashid, contohnya seperti sepasang songket perkahwinannya, dulang ayan, sangkar layang,sangkar burung biasa, bubu, lampu gaslin ,lesung tangan dan lain-lain lagi.




7.Songket pengantin lelaki.


8.Songket pengantin sumbangan En.Abd Rashid Ismail (Ketua Unit Peperiksaan PPD Gombak)


9.Peralatan anyaman raga seperti nyiru, tampi adalah derma dari GB Pn.Yus


10.Baju Melayu sumbangan dari Ustaz Zulkifli. Baju kurung pula adalah sumbangan dari Cikgu Siti Zarina


11. Lampu Gaslin dan dulang ayan adalah sumbangan dari En. Rashid



12.Batu Giling Lada adalah sumbangan dari saya.Emak punya la.....Di kanannya terdapat dapur minyak tanah.


13.Bubu digunakan untuk menangkap ikan di sawah atau tali air.Penyapu lidi jangan digunakan untuk merotan anak-anak nanti.....si ......al

14.Lesung Tumbuk dihadiahkan oleh En.Rashid. Lesung ini digunakan untuk menumbuk beras dan padi.Bila mencari bahan-bahan ini ada keseronokkannya.Rashid cerita dengan saya dia dapat lesung ini kat Perak (jauh tu...kat kampung dia ).Lesung ni dah buruk dan dimakan- anai-anai tapi disebabkan keinginannya,dia cuci lah hingga bersih.


15.Congkak - Alat permainan tradisi ini selalunya dimainkan oleh bebudak perempuan aje (Permaianan ini tak ganas, hanya duduk bersimpuh sambil borak-borak , jai bebudak lelaki jarang main, masa tu budak lelaki main tembak-tembak,gasing ,lelayang,polis and tree (thief kot)


16.Kebaya dihadiahkan oleh Cikgu Shalwana.Pakaian ini selalunya dipakai oleh wanita remaja (yang kurus-kurus je la.......).Ia nampak anggun.



17.Lesung besi- untuk menumbuk tepung dan kerisik,sumbangan En. Rashid .Ia diperolehi di Teluk Intan ,Perak. Katanya makciknya punya.Makciknya dah buat alas pasu bunga kat halamannya.Nasib baik ia besi ,tak dapat anai-anai nak baham..



18. Wau -Saya buat dengan kain batik.Ok la tu ,nampak macam ori.



19.Barang-barang lama di simpan disini.



20. Lesung Hindik (cuma replika ) - untuk menumbuk padi dengan kaki(sumbangan Cikgu Hamili).Bahan lain ialah kapak tempurung kelapa , ketam papan, kacip dan pisau toreh getah.



21.Batu tumbuk lada,kukur kelapa (bentuk kotak) sumbangan dari Guru Penyelia Petang Pn. Zainab Wazir ,Kukur kelapa (bentuk rehal) sumbangan dari Ustaz Zul



22.Gasing Kelantan (sumbangan Cik Tuan Mazliana bt.Tuan Lah).Bola Raga sekarang dikenali dengan bola takraw.



23.Tempayan kecil untuk isi garam ,asam jawa,minyak kelapa yang telah digunakan dll.Ada labu sayung untuk menyimpan air masak



24.Di atas dan bawah almari ini terdapat sulaman kain yang dihadiahkan oleh emak Cikgu Zainab Wazir iaitu Puan Mariam. Sulaman ini digunakan sewaktu menjadi raja sehari.Ia digunakan untuk menghiasi bilik pengantin agar cantik dan romantis.



25.Lampu ayam , dapur semawa (sumbangan cikgu Hamili),Seterika (sumbangan Cikgu Hapipudin dan cikgu Misriah ).Seterika ini diisi bara arang atau bara tempurung di dalamnya.Kalau kurang panas seterika ini dihayun supaya bara tersebut menyala dan memanaskan seterika tersebut yang dibuat daripada tembaga.Sebelum digosok pada baju,ia terlebih dahulu digosok pada daun pisang supaya tapak seterika licin .Barulah senang nak gosok baju.



26.Acuan kuih maruku , pemarut kelapa, penapis, pemukul telur(sumbangan En Abd Razak)



27.Tepak sireh sebagai adat sewaktu meminang dan perkahwinan (sumbangan Ustaz Zul).Ada pending (tali pinggang),rantai, kasut , mahkota (tiara), tengkolok dan keris (ini adalah dihadiahkan oleh En. Rashid)



28.Kompang dan angklung adalah alat bunyian tradisi.Bunyian angklung tiada kedengaran lagi.Paluan kompang masih kedengaran pada majlis-majlis perkahwinan.



29.Tikar pandan



30.Burung diikat kakinya jika gunakan sangkar layang sebab sangkar layang ianya terbuka, hanya burung tekukur (balam ) yang diletak di sini.



31. Di bahagian bawah ada serkap ayam dan pongkes



32.Inilah antara barang lama yang saya dan En. Rashid dari PPD Gombak idamkan. Sebuah basikal lama yang menjadi nostalgia. Walaupun tak serupa tapi ia seiras.Ada yang panggil basikal tua,ada yang panggil basikal trak dan ada yang panggil basikal jaguar. Basikal ini menjadi nostalgia buat saya...



33.Basikal trak ini mengenangkan saya waktu zaman persekolahan. Waktu itu saya Darjah 4 , adik saya masuk Darjah 1. Pada masa itu arwah abah saya yang hantar kami ke sekolah.Naik basikal ni la.Apa yang menjadi ingatan ialah cara saya naik.Adik duduk di depan atas palang.Kemudian abah akan naik dan mengayuh perlahan -lahan.Saya kenalah melompat naik ke atas tempat duduk di belakang.Begitulah tiap-tiap hari persekolahan..jadi stuntman.



34.


35.Ini saja, cawan yang saya jumpa.



36. Cerek



37.Pelawat yang pertama mengunjungi Anjung Warisan.





38. Pesta durian di Anjung Warisan semasa Kem Motivasi Tahun 6 pada 6.8.2010 jam 11.oo malam.



39.



40. Meriahnya,bila berkumpul.



41. Saya cuma tukang kopek saja.Makan hanya sedikit ,takut ...............



42. Ingat-ingat same penyakit tu.



43.



44.Sernok dapat makan duyan.